ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Thursday, January 26, 2012

Berkelah bersama rakan-rakan Animal Lovers

 Lokasi ditepi sungai Empangan Klang Gate 21hb January 2012


( Beberapa hari ini blog tak boleh dibuka, (virus) masaalah sudah selesai, terima kasih Tedi )


di Lepas sehari kemudian...
Nik asalnya masa kecil, ada orang letak depan pagar rumah, Adik dia tu
Mr T jumpa tengah jalan di kampungnya diPahang
sekarang dua2 dia jaga
Pagi jam 11, Mr T dan Isteri hantar Nik bersama Adik ke rumah untuk dijaga sementara mereka balik kampung . Sangkar dah siapkan awal-awal, tak boleh lepas lagi sebab hari ini pasti sibuk untuk dipantau. Aku terus ke tepi sungai bawah rumah untuk menyiapkan tempat perkemahan petang nanti. (Semua sudah dijemput, dah war2 dalam blog dan wall KTAJ , jangan kata tak dijemput pulak ).


Tebang buluh, siapkan pangkin tempat letak makanan. Cuaca baik. Harapkan tak hujan. Ada beberapa orang sedang berendam dalam air. Riuh bunyinya. Sekurang-kurangnya tak kesunyian.


Hampir jam 2 petang rombongan dari Melaka , Johor dan PD sampai. Orang jauh sampai dulu, yang dekat tak Nampak lagi. Minta tolong mereka pasang kemah kerana aku sudah lupa teknikya. Kemudian naik keatas bukit semula untuk turunkan barang yang masih dalam kereta. 



Tak lama kemudian Pakngah dan Makngah pun tiba. Naik keatas lagi untuk ambil barang yang masih tertinggal. Balik rumah kejap, mandi tukar baju dan bawa Lucky sekali. Pakngah dah siap bakar arang, dalam dapur BBQ. Ruby bawa jagung untuk dipanggang, sedang lapar Nampak sedap je jagung berkilat-kilat. 




Ada otak-otak dan macam-macam lagi. Semua bawa makanan masing-masing . Macam-macam menu hari itu. Hampir jam 3 semakin ramai yang tiba. Tak semena-mena hujan turun renyai-renyai. Aku siapkan atap ‘emergency‘dari buluh dan daun pisang hutan yang ditebang oleh cik Kamal yang baru sampai, untuk mengelakkan kawan-kawan yang ber BBQ basah. Tak lama…, hujan berhenti, kawan-kawan lain muncul dengan banyak makanan sedap. 


Majlis selesai ada pula yang baru sampai, terus kerumah ramai-ramai tengok budak-budak comel. Maaf tak sebut nama satu2,  semua yang datang best. Rasa nak bermalam disitu. Cuma masaalah tandas tak ada. Masing2 tahan hajat. Dirumah beratur depan bilik air.


Last post
1~ ORANG MELAKA CAKAP KASAU
2~MULUT BUSUK
3~AKU DAN TUAN AKU