Ke Ladang Anum Bentong Pahang, melawat Annie dan kawan-kawan
22hb January, pagi
Pintu pagar dibuka oleh pekerja Ladang, anjing mengikut
dibelakangnya. Dan lebih seratus menunggu diatas.
‘’Jangan takut ye, relak je’’, pesanku pada Kawan yang
penakut sangat dengan Anjing. Fobia pernah kena kejar katanya. ‘’Dia boleh scan 'energy' orang yang berhadapan dengannya, jadi jangan takut’’, pesan ku lagi.
Dia turun, berjalan terus
kedepan rumah , disitu semua berkumpul. Anjing2 mula mengikut. Ada yang
menyalak. Dia tenang . Tak sampai 5 minit dah jadi geng. Berjaya juga menghilangkan ketakutan melampau pada anjing.
Panggil Annie, dia datang , nama barunya gedik, diberi oleh Anum, berlagak sama seperti masa mula2 jaga dia di kebun. Buka keropok ikan yang sempat beli, menyuakan kemulutnya. Gelojoh, belum habis minta dan minta lagi.Hari itu bercakap2 dengannya, bawa berjalan dan menyakat sampai dia bosan.
Sepanjang jalan sentiasa diiringi oleh penjaga ladang yang kegirangan setiap kali ada tetamu. Sangat cerdik dan suka diberi perhatian. Macam budak kecil, kadang2 terlupa yang mereka ialah Makhluk Allah bernama Anjing.
Senja, mahu pulang ke Kuala Lumpur . Annie tak
mahu berenggang, tak hendak kemana2 sampai terpaksa ditarik
kedepan rumah. Sayu…tapi apakan daya. Jika tiada masaalah mahu saja dibawa, kerana itu
akan datang semula nanti bila berpeluang.
Jika mahu meringankan beban Shahrul Anum dan suami, menjaga kebajikan bekas haiwan-haiwan terbiar yang banyak ini termasuk kucing dan lain2, boleh hubungi >facebook beliau.
Antara yang menarik hari itu, Kamal sudah tidak takut Anjing . (Sama macam kak E masa mula2 kesana). Siapa yang penakut dicadangkan buat lawatan kesana…video boleh tengok di DISINI.
ANAK KUCING COMEL SPORO
Balik rumah jam 8.30 malam.
Gelap…jalan basah, air bertakung. Tanda hujan lebat baru berhenti.
Disambut oleh Aman, Smart, Morning , Jojo kepunyaan jiran dan anak2 bulus lainnya.
Internet terputus. Tak boleh online. Meninjau2 budak belakang. Lantai basah. Hujan masuk.
Surat kabar pelapik dalam sangkar Nik dan Adik ( Anak2 Mr T yang ditumpang
sementara dia balik kampung ) basah juga. Meow2 bunyinya. Tak selesa. Letak mereka dalam rumah. Bersihkan tempat buang poo/pee. Kemudian baru perasan ada
anak kucing baru dalam sangkar. Diamat amati. Comel. Tapi…ada luka
sana sini. Ditepi mata, hidung, jari2 dan beberapa anggota badan. Suspek sporo...Ya memang sah kena sporo. (Sudah ada pengalaman dengan KT). Dapat mengagak siapa yang hantar. Cisss...
| Luka atas hidung, tepi mata, dalam telinga, badan dan celah kali |
Bahasa kesat
Baru2 ini ada orang beri dua link. Isunya berkenaan bela Anjing. Tak habis2. Oleh sebab posting itu dipetik nama 'Papa Meow', terpaksa masuk campur. Seorang bela Anjing untuk tujuan jaga kebun bila besar nanti. Dan seorang lagi kerana sebab2 tak jelas. (Katanya dibela dalam rumah, dibuat seperti kucing, dan anjing2 itu kecil lagi comel).
Tak mahu sentuh hukum hakamnya. Banyak kali dah jawab. Kalau tak tahu/tak jelas lagi boleh gugel atau tanya Jabatan Agama Islam. Atau ustaz masing2. Cuma tak berkenan dengan komen atau pandangan orang yang menegur itu. Macam budak2. Ini yang dipetik sebahagian saja. Katanya...
'' Punca hanya nak ADOPT ANJING!!! tp mmg patut la nak adopt anjing pun coz rupa pun ada ciri2 macam anjing bulldog n perangai pun sama mcm anjing.''
Kalau ya pun, jangan celupar sangat . Sekarang ada ustaz yang suka sangat sebut bodoh bila berceramah. Anak murid pun ikut sebab Utaz terbiasa cakap orang lain bodoh. Sebenarnya suka juga dengar . Sebab kelakar dan menusuk jiwa. Jadi bila ada orang marah rasa pelik. Bila dah selalu dengar baru perasan bahasa ustaz kadang2 kasar. Jadi masaalahnya bukan ustaz yang salah. Tapi bahasanya...
Kadang2 selalu baca komen orang, cakap pasal ugama, tapi sebut gampang, bodoh , pergi jahanam, sial dan macam2 lagi. Nasihat orang untuk apa kalau bukan untuk bagi dia jadi baik, tapi kalau sindir menyindir , maki hamun , Itu bukan nasihat, tapi sengaja nak ajak bergaduh.
LAST POST
1~ PICNIC BAWAH RUMAH
2~ORANG MELAKA CAKAP KASAU
3~MULUT BUSUK