Tak jauh dari surau, selalu diberi makan oleh seseorang, macam malam2 biasa, ada budak2 mengacah. Suka sangat. Aku kejar dan mereka lari. Bila diam mereka kacau lagi. Seolah2 tidak puas. Sedangkan sebenarnya dia takut, walaupun tubuh aku kecil .
Tenang dan damai. Ramai orang setiap kali azan . Aku mendengarnya. Ada suara yang lunak merdu. Ada yang biasa2 saja. Tak faham. Tapi aku suka memerhati . Rasa ingin jadi seperti mereka. Nampak harmoni tiada kerisauan . Tidak seperti aku. Tidur dimana2 tempat yang tersorok. Bebas dari hujan panas dah memadai. Kadang2 terpaksa bangun dan menyelinap dibawah kereta untuk sembunyi.
Aku tak mengeluh. Cuma berharap mempunyai kehidupan yang baik. Seperti doa Semut yang kesusahan di zaman Nabi Allah Sulaiman di musim kemarau. Lalu hujan rahmat pun turun.
Sekurang2nya tidak diganggu. Hendak makan, boleh cari sendiri. Tidak mahu meminta2. Diberi aku ambil. Jika tidak aku berlapar.
Lazimnya sikecil seperti aku suka bermain. Seperti tiada masaalah. Tidak peduli akan keadaan yang susah, apalagi mahu memikir masa depan. Seronoknya jika ada yang menegur, ku goyang2 kan ekor tanda mahu berkawan. Itu pun jika ada yang faham. Jika tidak dihadiah kan seketul batu. Mencicit aku lari.
Kena pukul
Malam itu, seperti selalu. Duduk disini, depan surau...bermain lagi tanpa kawan2. Sememangnya aku tak ada kawan. Hanya orang baik itu datang. Memberi makan. Sedang leka.Tiba-tiba perit, rasa dipukul.Aku Menyorok dan mendiamkan diri. Sambil mengharapkan pertolongan dari Tuhan yang menciptakan aku. Yang mengatur hidupku.
Mata galak memerhati kalau ada bahaya lagi. Degup jantung tak terkira laju. Tegak telinga. Mendengar dari jauh, ada bising2 suara manusia. Seperti bergaduh bunyinya. Ada suara yang ku kenal. Di amati dengan teliti. Ya...aku kenal. Dia memarahi orang yang memukul ku. Dia orang yang selalu memberiku makan. Oh tuhan, bagaimana caranya untuk aku berterima kasih. Mahu aku mendoakan segala kebaikan untuk mereka yang menolongku.
| MR SMART DAN KAWAN2 |
Tak lama kemudian, dihantar ke satu tempat jauh dari gangguan manusia durjana. Disini aku tinggal, ada kasih sayang. Makanan yang banyak sebagai upah. Tidur tonggang tergolek tak risau. Ada tuan dan kawan. Aku diberi nama 'Smart' . Selalu dipuji kerana sangat rajin. Membalasnya dengan menjaga kawasan rumah, kerana itu memang sifat semulajadi.
Akan ku jaga selagi tidak dipanggil tuhan pemilik segala khazanah, yang menciptakan aku mengikut kehendaknya. Sentiasa pasrah, jauh sekali mengeluh. Tidak seperti sesetengah manusia yang sentiasa merungut akan nasibnya.
LAST POST
1~ CARA BERKESAN MERAWAT BULU GUGUR
2~KISAH SETAHUN
3~SEMERAH PADI