ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Wednesday, December 28, 2011

SEMERAH PADI...PERSEMBAHAN THEATER YANG BEST

Malam yang gelap. Meninggalkan comel2 di rumah sekejap, untuk bersosial. Terasa cemas dan gelisah melihat penduduk kampung sibuk  melawan lanun2 yang menceroboh.


Gusar memandang Dara tergedik2 berlari mendapatkan Aduka, yang ketika itu mengerah akal dan kudrat untuk menewaskan musuh yang menggila. Lalu Aduka menegur si Dara lebih kurang bunyinya seperti ini. '' Apa kau buat disini? 


''Aduka, sudah bertahun jiwaku dahaga...bla bla bla", jawab Dara sambil menarik sedikit tudung batiknya yang menampakkan sebahagian besar rambut. Aku terlupa samaada waktu itu kain sekadar selempang atau serkup kepala. Tiba-tiba penonton ketawa, ada yang menyumpah Dara. Ada ke time2 darurat dia mengedik. Dan adengan2 berikut hati-hati orang yang menonton terus menyerapah si dara...termasuk aku.


Tak sangka menonton Theater di Istana Budaya asyik sekali. Selama ini kehairanan dengan kegilaan sesetengah orang  menonton. Apa yang best nya?. Tiket mahal, boring pula.


Set yang cantik dan tidak statik, lakonan2 hidup segar depan mata. Sesetengah adengan terasa seperti menonton dilayar besar. Cerita berkenaan sebuah kampung bernama 'Semerah padi' yang ditadbir berpandukan aspek2 ke Islaman. Walaupun ciri2 Islamik ada, kita yang menonton pun tahu, lebih banyak yang tak Islamik dan patut diperbetulkan. 


Apa2 pun persembahannya sangat menarik, seperti pengalaman didepan mata, terasa air hujan menitis ditepi telinga dihasilkan oleh sistem bunyi canggih, menghilangkan sangka buruk selama ini , yang menggangap menonton theater membosankan. Tapi sebenarnya sangat menghiburkan.


Terima kasih Kawan2 yang berkenaan sebab belanja tengok dan makan2 lewat malam. Kali  pertama seumur hidup...tapi best!.

ISTANA BUDAYA JALAN TUN  RAZAK, PIC BERITA HARIAN ONLINE


LAST POST


1~BAU HARUM SEMERBAK LEWAT MALAM