ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Ubat berhenti merokok


Beberapa hari ini angin kuat siang malam. Sejuk dan nyaman. Menghirup udara segar, nikmat dan sihat. Malang...dicemar asap rokok berkepul2 . Semalam borak2 pasal berhenti merokok. Dikira2 sudah terlalu banyak pembaziran. Kawan2 bercakap tentang ubat yang mujarab, untuk menghapuskan ketagihan. Takut tengok penapis2 asap yang penuh dengan Tar pekat warna karat.


Rahsia tak gemuk2


PONDOK DALAM HUTAN


Rumput panjang, tumbuhan liar. Ranting patah, daun kering gugur seperti sengaja mahu mengerah kudrat, berpeluh2 menebas, memesin , meracun dan menyapu keliling rumah. Pinggang semakin ramping. Tak ada can untuk nampak berisi. Kawan2 pun bertanya apa rahsia maintain dulu dan sekarang.'' Tinggal di kebun ", selalu itu yang aku jawab. Tak kan duduk diam punya. Kalau malas jawapannya, tak sampai sebulan suasana keliling bakal bertukar jadi hutan belukar. Jangan kan orang, aku sendiri takut balik rumah.


Masakan manis2


Dihujung tahun macam selalu, dalam perbualan, ada topik2 berkenaan azam baru . Sambil mengunyah satay, sambil senyum. Azam dulu2 belum tertunai, jadi berat mulut nak menjawab. Mmm... baru dibelanja satay dan mee rebus manis Titiwangsa. Hari ini dijamu satay lagi. Manis juga rasanya. Kenapalah ramai yang suka makan manis2. Kalau di kampung Negeri Sembilan, Atuk membebel kalau masakan Wan rasa manis. Orang sana pantang  masak manis2. 'Podeh2 tak apo'. Kecuali kueh. Nasib baik lidah ini sudah 'universal' , rasa apa pun 'okey' je. Lama dah teringin nak jamah satay Minang. Tak tau mana nak cari di KL ni.


Pahit manis


Pahit dan manis kisah sepanjang tahun. Manisnya  sebagai kenang-kenangan sepanjang hayat. Yang pahit dilupus sedikit2. Yang pergi... yang hilang entah kemana. Hati bagai ditikam2...mengeluh dan mengeluh, hanya doa dan harapan. Sekurang2 nya ada tempat mengadu.


Kawan 


Kawan yang ramai, dari  mana2. Dari tempat yang tak pernah didengar. Yang suka dan benci, Yang marah. Yang terlalu baik. Salah silap, mohon maaf. Selamat tahun baru 2012




LAST POST


1~SEMERAH PADI