Malam2 buta kalau Si Smart menyalak tahu lah aku dia tengah halau Babi. Tapi malam kelmarin si Aman ikut sama menyalak. Bukan salak biasa. Selalu kalau salak begitu adalah benda pelik yang dia nampak. Intai2 celah tingkap nampak dua2 mendongak atas bumbung sambil kuis2 tanah macam nak melompat tapi teragak2. Tiba2 terbau harum semerbak. Suspen sunguh, entah apa benda yang menarik sangat sampai ku panggil dia buat bodo je.
Capai lampu suluh takut2 juga nak tengok, rimau kumbang je terlintas dalam kepala. Sebelum ini memang ada dah orang terserempak tapi dia lari. Tak apa kalau lari, jangan dia terkejut terus terkam. Tengah suluh2 atas bumbung nampak ada Wawa tengah lepak. Tak kan Wawa yang disalak. Tak jauh dari Wawa nampak ekor kembang serupa Abang tengah nak masuk ikut celah bumbung. ""Abanggg!'', aku panggil lah sebab selalu dia menyahut.
Bila dia berpusing nampak lah sepasang mata bersinar, comel je. Tak serupa abang pun. Rupanya si Musang .Patutlah budak berdua tu teruja sangat. Ada tetamu tersesat. Dah tau apa bendanya biar je lah dia selamat atas tu selagi tak turun ketanah budak2 tu tak boleh buat apa.
Siang bagi budak2 belakang makan, terbau lagi...wangi betul. Bau daun pandan direbus. Dah agak mesti tak lari lagi. Intai2 celah corong bumbung ni lah aku nampak. Elok je dia lepak situ. Mesti Musang pandan atau sesetengah orang panggil musang pulut atau musang luwak atau bahasa English nya 'Toddy cat' dan sebagainya.
Ambil buah rambutan, bagi pada dia 5 biji. Dia buat bunyi macam kucing garang. Huhu...takut lah tu. Nak dekat pun tak berani, tunggu lagi sehari kalau dia masih disitu kena ikhtiar tangkap juga, atau siram air harap dia lari, kalau tidak mau mati kebulur atas tu.
Ni sampai malam kedua masih leka budak2 tu mendongak tengok bumbung sambil bunyi2 tak puashati.
LAST POST
1~KUDA DISIMPANG JALAN
KUCING MANJA,KUCING COMEL, KUCING-KUCING TERBIAR UNTUK DIPELIHARA.BLOG BLOG BERKENAAN HAIWAN TERBIAR DAN SEHABAT-SAHABAT HAIWAN TERBIAR. http://kucing2terbiar.blogspot.com
Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...