ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Thursday, December 22, 2011

KUDA DISIMPANG JALAN

Seekor Kuda di Simpang jalan
Sepetang memandu perlahan sepanjang jalan ke Taman Perumahan, bawah bukit. Jalan selorong, sempit berliku2. Boleh la... lepas dua kereta atau lori asal cekap dan berhati2. Kadang2 ada je si Rempit menonong laju hampir terbabas. Pokoknya berhati2 selalu kerana malang  tidak berbau.


Disatu simpang tiga, ternampak dua orang lelaki menunggang seekor kuda. Maksudnya seekor kuda menampung beban dua orang lelaki dewasa. Kuda memang kuat, sebab itu kuda kuat makan juga. Kos untuk makanan kuda tinggi. Kecuali kalau rajin cari tumbuhan liar seperti rumput kuda dan lain2. Syakireen menjengok kepala keluar tingkap. Ada makhluk besar tak pernah dilihat. '' Abang...'', orang berdua itu menegur, tersenyum sambil mengangkat sebelah tangan. Membalas dengan senyuman juga. Hari2 berikutnya selalu nampak kuda itu dilepaskan mencari makan ditepi jalan.


1~Teringat satu masa dulu. Seorang lebai di kampung. Hari2 menunggang kuda sebagai aktiviti sampingan. Kuda kepunyaan persatuan di kampung. Lebai ini diberi kepercayaan menjaga, kerana dia yang mahir hal2 kuda. Satu ketika kuda itu mengamuk kerana keletihan asyik dikerah kesana kemari. Mungkin juga kerana tertekan dan sakit bila punggungnya selalu disebat si Lebai. Sedang ditunggang laju, tiba2 Kuda brek mengejut. Si Lebai terhumban jauh kedepan. Pandai Lebai mengimbang badan, berguling2 beberapa kali dan bangun  dengan selamba. Malangnya dia tidak sabar. Sambil marah2  menampar muka Kuda. Pelik tengok lebai marah2 walaupun masa itu aku masih budak2.


Kuda meronta, menendang kaki belakangnya terkena si Lebai lalu tercampak  tak bangun2. Kemudian berlari sambil menendang apa saja yang ada. Banyaklah benda yang terkopak dan terpelanting. Termasuk tingkap cermin sebuah rumah. Akibatnya kaki kuda tercedera, banyak darah keluar. Orang2 yang melihat panik. Tapi akhirnya kuda lemah. Pendekkan cerita kuda itu dirawat oleh Vet yang dipanggil datang.


Tak tahu pula apa nasib si Lebai , kerana waktu itu aku tak ambil kisah. 


2~Seorang makcik yang baik hati, ada membela beberapa ekor kucing yang asalnya terbiar. Dia juga tak kisah kalau ada anjing2 berkeliaran didepan rumahnya. Setiap malam dan subuh selalu ke masjid. Akan tetapi anjing2 itu selalu menyalak kearahnya setiap kali hendak kemasjid. Makcik takut dan mengajak anaknya menemankan separuh jalan. Begitu lah hari2 seterusnya. Akhirnya dia merungut dan tertekan. Sedangkan anjing2 itu selalu tidur depan rumah diwaktu malam. Tapi masih menyalak seolah2 makcik itu musuh. Satu hari seorang lelaki Indonesia yang bekerja kontrak tidak jauh dari situ, lalu didepan rumah. Anjing2 itu berlari kearahnya sambil mengoyang2 kan ekor kelihatan mesra. Kebetulan Makcik terpandang, lalu menegur kerana pelik melihat anjing2 itu mengikut. 


Secara bergurau makcik bertanya. " Pakai ilmu apa dik?, makcik hari2 mengadap muka dia tapi hari2 menyalak kat makcik".


'' Kasi dia makan makcik, hari2 saya lalu sini, bawa lebih2 tulang ayam, lebih2 makanan, dia suka", jawab lelaki itu. Kemudian pergi dibawah pokok, mengeluarkan makanan dari beg plastik yang dibawa, lalu dihidangkan pada anjing2 itu. 


Haiwan berotak, mempunyai perasaan disamping naluri yang kuat. Naluri mereka unik dan pelik, kerana secara semulajadi memang haiwan diciptakan begitu. Pernah dengar tentang kucing yang boleh mengagak kematian, pendengaran lebih baik dari anjing, dan penglihatan yang lebih tajam ditempat gelap. Anjing pula memiliki deria bau dan ingatan yang sangat kuat.  Boleh melihat sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Banyak anjing2 digunakan untuk membantu manusia. Akan tetapi deria bau ikan haruan dikatakan lebih sensitif. Dan sesetengah haiwan boleh mengagak bila bencana akan berlaku. Sesetengah orang jepun memelihara ikan emas kerana dapat mengesan gempa bumi. Ikan2 akan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


Hebat kan, Tapi Manusia lagi hebat, Kecuali jika manusia itu hanya ada otak tapi tiada akal, naluri dan perasaan. Haiwan walaupun berotak, tapi tidak boleh berfikir sama seperti manusia. 


1~Darjat haiwan mungkin lebih rendah, namun tidak bererti boleh dibuat sesuka hati atau dihina. Akibatnya...jadilah seperti si Lebai.


2~ Anjing sangat cerdik, tahu membalas budi. Makcik baik, tapi lebih baik lagi jika mahu menjadi lebih baik, seperti lelaki Indonesia. Lama kelamaan anjing2 itu akan menjaga kawasan rumah dan menjaga keselamatan dia sepanjang jalan ke masjid.


LAST POST


1~KENANGAN UNTUK KAKAK