ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Thursday, December 15, 2011

KENANGAN UNTUK KAKAK PEACE

Rakan baru FB mengirim link INI, dibuat khas untuk Kakak Peace. Di terbit dengan izin. Gambar2 itu membuatkan  rindu kepada kakak kembali menghantu. Seperti kata Angeline selepas diterjemahkan lebih kurang...


''Hi Papa Meow, maaf mendengar tentang kehilangan anda. Saya menangis melihat video anda dan ketika melihat 'Peace' meningal dunia. Saya tidak pernah tahu dia milik anda, terima kasih banyak2 kerana menjaganya selama ini. Maaf, saya amat2 sedih. 


Hanya mahu memberitahu anda bahawa pada 31hb december 2008 saya bermalam dibukit tabur untuk menonton bunga api dengan beberapa rakan. Dan 'Peace' bermalam dengan kami. 'Peace' berjaga ketika kami sedang tidur dan memerhati jika ada apa2 datang mendekati kami. Dia berbaring disebelah saya. Hanya mahu anda tahu bahawa malam itu dia selamat dengan kami. Waktu itu kami memberinya roti canai. Sebenarnya akhir tahun ini saya mahu kebukit tabur lagi, tetapi dapat tahu 'Peace' sudah meninggal dunia. 


Ini ialah untuk anda, sebuah album tentang 'Peace'. Tiba2 dia ada disana ketika saya mengambil gambar perkahwinan saya diatas bukit tabur Ogos lepas. Ramai antara kami berkongsi kesedihan dan air mata. Saya menunjukkan video itu pada ibu saya dan kemudian saya menangis lagi. Sangat2 sedih. Bagaimanapun akhirnya sangat senang mendapat tahu bahawa dia ada pemilik iaitu anda. Terima kasih kerana menjaga 'Peace' selama ini.






Aug 2011 - The last time I saw Peace. She suddenly appeared and joined the photoshoot. Healthy and plum.




1st January 2009 - Stayover at Tabur, Peace slept next to me.


But on the 5th December 2011 you passed away ='(
Looks like you're just like everyone of us hikers,
a mortal creature who loves Tabur,
a mortal creature who wants to see us all safe.




Dec 2008 - My First Ever Hiking Trip






We will always remember the many times you followed us all the way,
We will always remember the times you lead the way




Bukit Tabur, Taman Melawati.

 LAST POST
1~HAPPY DAY IN MY CAR
2~GOOD BYE LAGENDARY DOG OF BUKIT TABUR