ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Friday, November 18, 2011

TEMPAT HANTAR KUCING

NAK HANTAR KUCING


Benda ni dah post banyak kali, ramai masih tak perasan, ditepi blog dah letak notis. Mungkin tak nampak, sekarang diatas notis letak gambar tengah terbeliak biji mata, bawah header blog pun dah tulis besar2 dan terang tempat yang sesuai untuk dihantar, harap2 lepas ni akan perasan. Bila buat tak tau kang ada pulak yang kecik hati. Bukan sengaja tak mahu terima kucing yang mahu dihantar kesini, Akan tetapi baca dulu masaalah yang bakal aku dihadapi.


1~ Aku bekerja dan mengasingkan sedikit pendapatan untuk mereka tiap2 bulan. Bukan orang kaya. Aku macam orang lain, kadang2 nak berjalan jauh, balik kampung lama sikit dan sebagainya. Kalau sentiasa ditambah, bertambah dan tambah lagi, boleh difikirkan sendiri masaalah aku nanti. Jadi terpaksa had kan jumlah setakat yang boleh dijaga.


2~ Tempat tinggal sekarang bukan milik aku atau keluarga,  hanya diwakil kan oleh ayah untuk  tinggal disini oleh tuan tanah. Bila2 masa kalau hendak dibangunkan tempat ini, dan sebagainya, terpaksa cari tempat lain, mahu cari tempat seluas ini bukan senang. Bayangkan terpaksa bawa semua budak2 tu pindah nanti. Aku juga yang susah.


3~ Kalau tempat ni aku punya, senang lah, dah lama  jadikan taman haiwan. Hantar banyak manapun selagi boleh  terima, tapi sama2 jaga kebajikan dia selagi masih hidup.  Faham kan?.

4~ Memang betul kadang2 ada ambil yang baru kalau terjumpa. Tapi itu aku yang jumpa, tanggungjawab aku . Susah senang aku yang tanggung. 


5~Memang betul aku terima juga dari kawan tertentu. Tapi kawan yang bertanggungjawab. Dia banyak menolong, jadi kami sama2 tolong menolong. Kalau ada apa2 berlaku dia tak lepas tangan. Panjang lebar lah kalau nak cakap. Pendek kata aku nak sangat, tapi....fahamkan dulu masaalah diatas.


AKU KAGUM DENGAN MEREKA...


Ada beberapa tempat penjagaan seperti dibawah yang disewa oleh rakan2, dan community yang ikhlas bertungkus lumus menyelamatkan haiwan dari penderaan, terbiar, membayar bil perubatan, makanan dan lain2  secara sukarela, ada yang mengeluarkan perbelanjaan sendiri, menyewa tapak sementara untuk menjual barangan, projek2 amal, hasilnya digunakan untuk menolong lebih banyak haiwan terbiar, semua itu mengunakan tenaga, masa , penat lelah dan kadang2 terpaksa menelan caci maki orang.  Aku sangat kagum dengan semangat diorang. Kerana aku tak mampu buat seperti apa yang diaorang buat.


Semua dilakukan atas dasar belas kasihan dan tanggungjawab. Tidak memilih sama ada kucing atau anjing. Anjing pun makhluk Allah juga kan. Boleh klik pada link mereka.


1~Kucing terbiar&Anjing jalanan
2~FURKIDS POJECT
3-MDDB&MCCP ( Northern )
4~Homless & Orphan Pets Exist ( H.O.P.E )
5~DOG FOOD DONATION
6~ DR CHAN





KUCING KURAP


AMIN SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN

Berkenaan kucing berpenyakit kurap teruk macam AminAda yang tanya, aku jawab lah, mungkin dia tak jumpa posting yang lama. Kalau nak tahu detail boleh rujuk link disini. Sini dan sini. Kos enjek kurap di klinik tak sampai RM 15. Kalau teruk macam Amin kena ulang tiga kali. Kos rawatan dan makanan waktu itu ditanggung oleh kawan2. Sekarang Amin dah tak ada. Hilang tak tak tahu kemana.


Ada terbaca satu link di FB tentang Amin. Letak gambar dia yang rupa macam Alien tu tanpa apa2 penerangan. Kemudian adalah komen2 yang tak tahu apa cerita. Yang kesian ada, yang kutuk dan keji pemilik Amin pun ada. Pemilik nya akulah. Tukang post tu tak cerita detail, jadi aku tak salahkan si tukang komen yang kutuk aku sebab kononnya tak bawa Amin pergi berubat. Mereka tak tahu Amin sebenarnya kucing terbiar yang baru dihantar kesini. Nasib baik ada kawan2 yang baca tolong jawab. Kalau tidak sampai bila2 aku kena hamun.


PERUT KOYAK LAGI


AH CHONG@PUCHONG

Ah chong  dulu asalnya  kawan dari Puchong hantar 4 beranak. Dia kesian tapi tak boleh bela. Sebab tu hantar sini. Tinggal dia je yang hidup.Hari ini perut Ah chong koyak lagi. Benang yang doktor jahit tak kuat. Sekali dia jilat2 tertanggal. Tapi pelik juga apasal kulit dia tak melekat?. Sekarang terpaksa bagi ubat tidur arwah Owen dulu. Kemudian jahit semula. Guna Jarum benang dan tali tangsi, rendam dalam air panas mengelegak. Terpaksa buat sendiri sebab esok hari minggu klinik tutup. Kalau dibiar lama2 nanti makin teruk. Tapi malangnya, ubat tu tak kuat nak bagi dia tidur. Buat sementara balut je, pakaikan kolar balik dan tunggu sampai hari isnin. Darah pun dah meleleh balik, sabar je lah.


LAST POST
1~MAKAN SEHARI 2 KALI
2~SERUPA TAK SAMA
3~NAIK TURUN BUKIT