Tumpang gembira kawan2 rapat dan tak rapat dah...., telah diberi peluang menyebarkan maklumat tentang nasib haiwan terbiar melalui media. Semakin ramai buka mata. Syukur ...seandainya matlamat sebenar hampir tercapai.
![]() |
| BRIAN DULU2 |
Dulu tak ramai tahu, sekarang ramai ambil tahu...mana tahu, satu hari nanti kalau ke warong makan, tak nampak lagi Kucing terbiar, tak ada lagi Anjing jalanan, semua sudah dijaga orang dan sebagainya. Kalau jadi realiti alangkah bahagianya kan. Bukan kita je hidup aman, mereka pun rasa selamat. Sebab tak ada lagi orang2 yang benci kucing/anjing, mengadu suruh pihak berkuasa tangkap.
Kalau ditangkap, kemudian dikurung, rasanya ramai yang tahu, tempat yang ibarat penjara menunggu giliran untuk dihukum mati, umurnya paling kurang seminggu je, bila tak ada orang sudi ambil. Kena enjek mati. Paling baik kalau ada tempat jagaan milik kerajaan pun, jaga sambil lewa. Keadaan dalamnya teruk sekali.
Fotografi
Berkenaan sesi ambil gambar. Ini kali ke lima dihubungi media untuk temuramah. Kali pertama dan kedua setuju sebab mereka tak kisah jika diganti dengan wakil. Kerana aku segan. Cakap pun tak reti. Kali ketiga dan empat aku tak mahu. Sebab kena cakap2 depan camera tv. Hantar wakil pun tak boleh.
Tapi kalau dah nak jadi tu, tetap jadi juga. Tolak yang itu yang ini pula datang. Semalam ada sesi fotografi di rumah. Dah beritahu, kalau nak ambil gambar yang tak hensem ni, ambil tepi2 je. Nampak rambut sehelai sudah la. Dagu kebawah ke, telinga je ke, tak penting semua tu. Fokus kat comel2 lagi bagus kan. Sebab cerita pun, cerita dia.
Banyak gambar dalam rumah, diluar sikit je, di pondok buruk itu. Sebab hujan renyai. Sakan lah Si Manja , Puan Melaka, Pet dan lain2 posing. Tak ketinggalan Lucky walaupun terhoyong hayang jalannya. Aku sibuk arah budak2 tu buat gaya macam2. Sampai tak ingat nak ambil gambar masing2.
Tapi lupa pulak nak tanya bila keluar nya. Agak2 mungkin hari ahad ini kut, sisipan Rona, Berita Minggu. Nak ucap Terimakasih lah pada saudara Sani wartawan BH dengan photographer tu. Nampak kedua2nya sayang kucing juga.
WEWEK
| WEWEK |
| EPI IN MEMORIES |
LAST POST
1~MACAM MANA NAK BAGI KUCING MANJA
2~BUDAK JASIN
3~KAMI KEKEDAI
