ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Friday, November 18, 2011

KUCING SEHARI MAKAN BERAPA KALI


Ada banyak pertanyaan dari orang yang baru berjinak2 jaga kucing terbiar. Seperti ''kucing saudara sehari makan berapa kali?'', Mula2 kutip nak buat cammana?. Ok... sini aku kasi makan sehari dua kali. Kadang2 tiga kali, tengok keadaan lah. Pagi sekali, petang sekali. Malam kalau time hujan sejuk selalunya perut kita rasa macam lapar. Sama lah mereka pun begitu. Waktu2 tertentu boleh lah bagi dia extra makan. Kalau terlebih makan pun tak baik. Banyak berak.


Jenis makanan terpulang lah, nak senang bagi yang kering macam gambar tu. Sesekali bagi nasi gaul dengan ikan rebus. Hari2 istimewa bagi ayam rebus atau ayam panggang ke tak salah. Contohnya kalau hari raya memang beli ayam banyak2, kadang2 rebus, kadang2 goreng, kadang2 beli ayam panggang dikedai. Masa tu memang seronok tengok dia makan. Berebut2. Ialah...pada dia sedap kan...

BUDAK BELAKANG

Kalau ada ambil yang baru, asingkan dulu. Macam sini aku panggil budak2 belakang sebab semua mereka dikategorikan sebagai keluarga baru. Kurung dulu dalam cage. Bila dah sihat baru lepas. Tapi Budak2 belakang ni memang suka duduk belakang je, dia tak mahu campur dengan yang depan. Sebabnya mungkin tak rasa selamat diluar. Masa dulu2 asalnya memang jenis duduk dalam cage bertahun2. Sebab itu agaknya bila datang sini terasa kejutan dan pelik sebab tempat lebih luas.


Kalau tinggal dalam cage pun tak apa, asal cukup makan minum dan sebagainya. Tapi kena juga dibelai dan sesekali lepaskan supaya dia tidak tertekan.


LAST POST
1~PELANDUK DUA SERUPA
2~TURUN NAIK BUKIT