ASSALAMUALAIKUM... Selamat datang ke laman Papa Meowww...maaf atas kesilapan jika ada

Ruangan ini berkenaan haiwan terbiar, cara2 menjaga, merawat dll. Secara peribadi tidak menyokong aktiviti jual beli kucing / anjing, selagi banyak yang terbiar / terdedah kepada penderaan. Selagi tiada tempat khas / selamat disediakan untuk mereka .Pada yang ingin dapat kan kucing/anjing atau menghantar nya kerana masaalah untuk dijaga sila daftar di > KTAJ online adoption housep jika tak faham boleh tanyakan pada admin mereka di wall > FACEBOOK KTAJ , ( Atau sila email gambar dan keterangan ringkas mengenai kucing anda ke ktaj.adoption@gmail.com dan kucing anda akan diiklankan di KTAJ OAH, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda. Ameen...

Wednesday, November 16, 2011

BAGAIMANA NAK BAGI KUCING JADI MANJA

Malam yang cerah, disebatang jalan yang sibuk bernama jalan gombak. Ternampak seekor kucing melintas. Aku  panggil, dia menoleh dan datang sambil mengiau2. Kurus...Kebetulan ada ayam goreng,  bagi seketul, dia cium2 tapi tak makan. Terus kesian dan bawa balik. Mr T bagi nama SISO.

Siso
Itu setahun lepas, Siso tak besar, tak kecik, sedap2 je body dia. Manja tapi tak suka bercampur. Sebenar nya ada orang tanya macammana nak bagi kucing liar jadi manja. Ok...kalau ternampak meow dimana2, rasa nak bawa balik, panggil je. Kalau dia datang boleh le bawa balik. Memang sah dah bela nanti manja punya. Kebanyakan yang aku jaga jadi manja sebab masa panggil dia datang.


Tapi kalau jenis yang tak manja, kita panggil dia buat tak tahu, atau dia lari, maknanya susah nak manja. Kalau nak ambil juga, kena lah kurung lama sikit sampai nampak kemanjaannya. Tetapi selalunya kalau jenis begitu memang susah nak manja, kalau manja pun sikit2 manja je. Senang kan...Ok, terima kasih sebab bertanya. :D


LAST POST
1~BUDAK JASIN
2~KAMI KE KEDAI